Pages

Tuesday, July 12, 2016

TINJAUAN LITERATUR / SOROTAN KAJIAN



Kebiasaannya, tinjauan literatur atau sorotan kajian diletakkan dalam bab dua dalam sesuatu tesis atau laporan kajian. Saya ingin kongsikan pengalaman semasa membuat tesis dan penyelidikan. Kita tidak terlepas akan membuat tinjauan literatur yang berkaitan dengan tajuk atau skop kajian kita. Ramai yang tidak menyedari bahawa untuk memulakan tinjauan literatur, kita perlu mengetahui strategi dan petua-petua dalam membuat tinjauan tersebut. Jika kita tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang strateginya kita akan membuang masa dan tidak dapat meneroka secara mendalam berkaitan konstruk kajian kita. Dalam post kali ini, saya fokuskan kepada konsep tinjauan literatur dan ringkasan strategi penulisan tinjauan literatur. Seterusnya, post yang akan datang kita perdetailkan setiap strategi dalam membuat tinjauan literatur.


Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik dalam laman-laman web dalam internet.


Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.


Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

1. Kerangka teori (Theoritical framework)
2. Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Manakala untuk kajian yang berkaitan, terdapat tiga gaya penulisan yang biasa digunakan dalam tesis dan kajian saintifik:

1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau
2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan.
3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian.

Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer (on-line database).

Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topic yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.



ENAM LANGKAH DALAM PENCARIAN LITERATUR


• Tulis pernyataan masalah

• Rujuk sumber sekunder (secondary sources)
o Ensaiklopedia
o Research reviews

• Tentukan descriptors

• Akses sumber preliminary (preliminary sources)
o Abstrak
o Indeks
o Bibliografi
o Sistem maklumat perpustakaan
o Pencarian berkomputer
     - Adjusting the scope of the search
     - Obtaining the primary sources
     - Personal computer
o Perkhidmatan lain di perpustakaan

• Baca dan rekod literatur secara sistematik

• Tulis sorotan literatur


Membaca dan merekod literatur



Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod. Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku, nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi sekurang-kurangnya lima bahagian utama yang dicatat secara ringkas dan padat:

1. Tajuk kajian

2. Tujuan dan hipotesis kajian

3. Metodologi

o Reka bentuk kajian

o Persampelan

o Instrumen

o Analisis statistik

4. Dapatan kajian

5. Kesimpulan


Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5” x 3”, maklumat utama, ulasan dan  abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya: Biblio Reference Manager (http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm). Atau sekiranya bahan rujukan tersebut amat bertepatan dan berkait secara langsung dengan konstruk kajian kita, sebaiknya kita print-out / photostat dan masukkan ke dalam fail-fail yang telah dibahagikan dan diletakkan tajuk-tajuk yang mewakili konstruk kajian kita. Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.


Menulis kajian literatur
Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:

• Pengenalan (Introduction)

• Isi (Body) merangkumi konstruk-konstruk kajian, kerangka teori dan model yang digunakan dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian kita.

• Kesimpulan (conclusions)

Terima kasih kerana sudi memanafaatkan bahan ini. Selamat berkunjung ke post yang akan datang.

14 comments:

  1. bagaiman membuat satu literature review yang baik? tolong jelas kan mengenai elemen dan populasi. saya kurang faham mengenai perkara ni. tq

    ReplyDelete
  2. Literature view yang baik bukan cut and past je dari tesis2 orang lain tapi membuat rumusan tentang kajian-kajian atau literature yang dibuat melalui tesis, jurnal dan pelbagai bentuk artikel. Zaman kini senang..nak jurnal di hujung jari je..boleh cari dalam internet.Yang penting maklumat tentang artikel tu perlu detail.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. apakah objektif, proses dan kepentingan sorotan kajian lepas dalam menjalankan penyelidikan

    ReplyDelete
  5. macam kenal ke soalan tu...

    ReplyDelete
  6. terima kasih..sangat bermanfaat =)

    ReplyDelete
  7. As salam,

    Bagaimanakah hendak dapatkan literature review sekiranya kajian yang hendak kita buat itu tak pernah dibuat oleh orang lain lagi?

    T/kasih

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ilmu...

    ReplyDelete
  9. macam mn nak tulis bahan yg diambik dari laman web/blog org tentang sesuatu kajian..boleh ke tidak?

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu..baru belajar dalam penulisan tesis...msh samar-samar..serba tak kena mulanya..note yg di beri byk membantu..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..tahniah atas penulisan blog yang sangat baik dan memanfaatkan org lain. saya mohon pencerahan dr pihak pn..tentang bagaimana utk mecari literature review yang tepat dengan tajuk kajian kita. contoh kajian saya : kefahaman orng pekak terhadap fiqh munakahat. jadi berdasarkan tajuk ni. apakah skop
    literature review yg perlu saya lihat?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, boleh jelaskan tak maksud “Kajian yang berkaitan” pada komponen ke 2 ? Saya kurang faham.

    T/kasih

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, Dr

    Maaf, boleh tak dr terangkan maksud kajian yang berkaitan dengan tajuk penyelelidikan?

    Dan adakah 2 komponen dalam literatur itu ada kaitan dengan komponen yang ke2 ?

    Mohon pencerahannya dr. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  14. Pembetulan soalan:
    Adakah komponen yang ke2 itu ada kaitan dengan gaya penulisan iaitu penjelasan seterusnya yang dibawah

    ReplyDelete