Teknik Delphi digunakan untuk kajian saya kerana teknik Delphi adalah merupakan kaedah yang terbaik untuk memperoleh persetujuan pakar dalam menentukan elemen-elemen yang boleh dimasukkan dalam reka bentuk modul tersebut.
Pendapat pakar digunakan untuk kajian-kajian yang melibatkan pembangunan sesuatu model atau produk telah bermula di RAND Corporation oleh Olaf Helmer dan Norman Dalkey dalam tahun 1953 yang mengkaji masalah-masalah tertentu dalam tentera .Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat yang istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik kumpulan.
Linstone dan Turoff (1975) membentuk lima asas utama Teknik Delphi adalah:
1) Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar;
2) Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;
3) Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka;
4) Data dianalisis secara statistik;
5) Data yang diberi oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus.
Dewasa ini, kaedah Delphi telah meluas penggunaannya dalam bidang perniagaan, pendidikan, sains sosial, pengurusan pentadbiran, penilaian polisi, perancangan program dan isu-isu yang memerlukan perhatian .Pelbagai konsep yang diberikan berkaitan kaedah Delphi, antaranya cara sistematik yang menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama (Helmer,1968), satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang (Dalkey,1972), dan tatacara pengundian panel responden (Hill dan Fowles,1975).
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kaedah Delphi, dapatlah dirumuskan bahawa melalui kaedah ini responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka bentuk program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik. Teknik Delphi juga merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan suatu kajian pada masa hadapan. Melalui teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian atau program yang baru dan perlu diterokai pada masa hadapan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira pandangan sekumpulan pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya yang sangat meluas dan menyeluruh dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
* Saya akan cuba uploadkan artikel yang berkaitan dengan method ini.
salam.. saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik delphi ni.. saya tunggu artikal en untuk rujukan saya
ReplyDeleteInsya-allah saya cuba masukkan artikel tambahan. sekarang agak sibuk dengan analisis data.huhuhu
Deleteassalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ingin mengetahui bagaimana pengiraan di dalam teknik delphi untuk pengguran item yang dicadangkan. Apakah analisis statistik yang terlibat untuk tindakan tersebut. Sekian terima kasih
Saya menggunakan statistik deskriptif..min median dan mod. kemudian untuk melihat kesepakatan pakar - julat antara kuartil (IQR) iaitu bandingkan quartil 3 dan 1. Seterusnya untuk melihat perbezaan yang signifikan antara pusingan Delphi pula saya menggunakan Wilcoxon Ranks coz data saya non parametric.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesaya dikehendaki membuat kajian menggunakan teknik delphi dalam mengkaji pasaran dan pemasaran kelapa sawit malaysia pada masa akan datang...sya ingin memohon pendapat en. berkenaan elemen2 yang boleh sya sertakan dan bagaimana menggunakan teknik delphi dalam kajian saya.
elemen-elemen tu kita lihat pada kontruk-kontruk dalam tajuk penyelidikan. Contoh tajuk penyelidikan tentang kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul- kontruknya adalah penerapan nilai murni, pengajaran dan modul. Selalunya teknik delphi digunakan apabila melibatkan sesuatu pembinaan modul/model/produk baru yang memerlukan kesahan dan persetujuan pakar
DeleteArtikel berkenaan method ini?
ReplyDeleteInsya-Allah saya akan cuba uploadkan..kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Teknik ini banyak tesis-tesis kajian di Universiti Malaya.
ReplyDeleteSalam, saya hendak tahu tentang kaedah delphi nie, bagaimana kita nak lihat % pada data yang telah kita perolehi dan kita analisis menggunakan spss...saya tak tahu bagaimana nak lihat % itu...terima kasih...mohon saudari reply kepada email saya.. hilmiels85@gmail.com ..
ReplyDeletesALAM... info yang terdapat di blog ini sgt membantu.Bagaimanakah untuk menganalisa data temubual TQ
ReplyDeletesalam.. saya berminat untuk memndapatkan naskah tersebut... boleh bagi ke emel saya.
ReplyDeletethanks n wassalam
Thank You and I have a neat present: Where To Remodel House cost for second story addition
ReplyDelete