Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar dalam Ijazah Tinggi atau postgraduate pasti buntu untuk menulis proposal tesis. Di sini, saya ingin kongsikan bersama panduan penulisan proposal tesis..ia hampir sama bagi universiti-universiti di Malaysia.
Panduan Penulisan Proposal Tesis (Kajian Kuantitatif)
Penulisan Proposal Tesis atau dikenali sebagai Cadangan penyelidikan yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi pemilihan calon ijazah tinggi di univerisiti-universiti dan juga dalam proses pengesahan bidang atau skop penyelidikan dalam pengajian ijazah tinggi. Kita hendaklah mengemukakan cadangan penyelidikan / proposal penyelidikan ini dalam bentuk yang berjilid dan kemas. Cadangan penyelidikan ini hendaklah menjelaskan elemen-elemen berikut:
1. Bidang kajian:
Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan seperti bidang teknologi pendidikan, bahasa arab, syariah, pendidikan Islam dan sebagainya.
2. Tajuk:
Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian. Hakikatnya, dalam proses kita menulis tesis, tajuk yang kita tulis akan sering berubah. Tetapi, skop dan focus kajian kita perlu jelas.
3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal Tesis
Dalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan tiga bab iaitu Bab 1: Pendahuluan, Bab 2 : Sorotan Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian
Saya ingin kongsikan dahulu Bab 1 yang melibatkan tajuk-tajuk yang perlu dimasukkan dalam Bab 1.
Dalam Bab 1 PENDAHULUAN
Kemudian dimulakan dengan,
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.10 Kesimpulan
BAB 1 (Elemen-elemen dalam bab 1 yang perlu difahami dengan jelas) :
a. Latarbelakang masalah :
Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami.
b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian:
Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang akan dikaji atau juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. la dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian.
c. Objektif Kajian:
Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.
d. Persoalan Kajian
Daripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian. Soalan kajian perlu jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.
e. Hipotesis kajian (Jika Perlu):
Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.
f. Kepentingan kajian:
Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.
g. Skop kajian / Batasan Kajian:
Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi mempastikan penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi kajian dan sebagainya.
h. Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan.
i. Definisi Istilah / Definisi Operasional:
Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang dijalankan. Dalam bahagian ini, definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkaji perlu menetapkan definisi khusus dalam kajian tersebut.
Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post yang seterusnya, saya akan kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab 3.

salam..
ReplyDeletetrm ksh krn mmbrikn sedikt gmbrn bgimne sye utk mrgka proposal tesis sy...
ble nk msuk kn entry mengenai bab 2 dan 3..???
terima kasih banyak2 kalau bleh tlg masukkan contoh proposal dalam bidang pengajian kurikulum......
ReplyDeleteSaya baru sahaja berjumpa dgn blog puan. Terima kasih...penjelasan sebegini kdg kala malu nak ditanyakan pada org lain...alhamdulillah, saya mula jelas.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteBila nak masukkan yang Bab 2 Bab 3 dan seterusnya ? Saya baru faham bagaimana mahu memulakan membuat proposal selepas membaca entry ini. Jika tidak keberatan puan boleh masukkan untuk bab yang seterusnya.
Terima kasihh~
salam..permasalahan kajian tu kena ada rujukan x??
ReplyDeletesalam. apa maksud latar belakang kajian? terima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat yg amat berguna
ReplyDeleteTerima kasih :-D
ReplyDeletetrimas..sangat berguna sbg panduan..
ReplyDeleteSalam. Alhamdulillah akhirnya saya berjumpa sesuatu yang boleh membantu saya memahami perihal Penyelidikan. Mohon jasa baik sy copy sb nak study perlahan2.Moga Allah memberkati usaha anda.Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum terima kasih atas info di atas, Alhamdulillah semoga anda beroleh keberkatan kerana berkongsi ilmu.
ReplyDeleteTerima kasih Puan, mudahan ilmu yang dikongsikan mendapat keberkatan
ReplyDeletesemoga Allah Taala membalas jasa murni tuan ia sangat membantu saya dalam penulisan terima kasih banyak
ReplyDeletethanks alot... bnyk membantu dlm exam... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.....sy mohon pendapat ttg tjk tesis yg sesusi bg bdg kainseling pendidikan...tk
ReplyDeletePengurusan Kaunseling di sekolah rendah dan menengah Malaysia: Isu, masalah dan cadangan mengatasinya.
ReplyDeleteSALAM...SY NK TNY PD PANDANGAN PUAN TAJUK YG SESUAI SBB SY AMBIL PNDIDIKAN AWL KANAK2...NAMUN BEGITU SY JUGA ADA NK MINTA PENDAPAT PUAN KERANA PD MULANYA SY ADA TERFIKIRKAN TAJUK INI IAITU
ReplyDelete"PERMAINAN MERANGSANG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK "
..ADAKAH IANYA SESUAI UTK TAJUK TESIS SY? IF SESUAI,BOLEH X PUAN bg sedikit maklumat dan penerangan yg boleh sy buat untuk perkembangkan lg isi tesis sy nanti..tq
salam..saya nak minta pendapat puan, apakah cadangan penyelidikan yang sesuai jika sy nak sambung master utk pendidikan biologi. utk pengetahuan puan, sy ni mengajar di sekolah rendah dan x ada subjek biologi di sek rendah. ..terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya memang tercari-cari panduan penulisan proposal untuk tesis. Terima kasih puan atas maklumat yang amat mambantu.
Marshidah~
slm
ReplyDeletesaya mempunyai tajuk persepsi pelajar terhadap tingkah laku guru matematik..sesuai x tajuk ini utk penyelidikan kuantitatif
kepentingan kajian nk buat macam mana? xbrapa faham....
ReplyDeleteMorning puan... Puan belum lagi update bagi Bab 2 dan Bab 3 kan? Tak dapat cari di blog Puan...
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas info yg sgt berguna bg penulisan proposal..mohon puan share utk bab ke 2 dan 3..
ReplyDeleteassalamualaikum .. terima kasih atas perkongsian ilmu . sangat memberi manfaat kepada penuliasan proposal saya . semoga Allah merahmati puan , insya Allah .. =)
ReplyDeleteTerima Kasih. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSalam..bila ya ada entry utk bab 2 & 3?
ReplyDeleteJazakkallah...hukhairan kashira...ilmu yang diperturunkan mohon dihalalkan...
ReplyDeleteSELAMAT PETANG, BOLEH TANYAKAH SIAPA YANG MENYATAKAN MESTI ADA PENYATAAN MASALAH DALAM MENULIS SEBUAH PROPOSAL?
ReplyDeleteterima kasih saya nak cuba mohon sarjana / master nak cuba buat proposal
ReplyDeleteboleh buat panduan
terima kasih...mohon berkongsi ilmu ini...=)
ReplyDeletenak minta pandangan mengenai tajuk yang sesuai...saya buat master dalam bidang pendidikan kurikulum dan instruksional..mohon cadangkan tajuk yang sesuai..
ReplyDeleteterima kasih di atas panduan yang diberi...byk mmbantu sy dalam memahami bagaimana membuat proposal
ReplyDeletesaya baru kuliah pertama hari ini.saya ambil pengurusan kurikulum.tajuk saya ingi buat adalah pengaruh aktiviti main peranan dalam pendidikan islam..macam x sesuai..atau boleh bagi cadangan ..satu tajuk yg lain yg saya terfikir "pengurusan panitia membantu prestasi sekolah
ReplyDeleteTabarokaAllah...
ReplyDeleteSangat Bermanfaat....
Raihamal Arawi
http://jomhantartesis.blogspot.com/
Salam.... saya nak tanya adakah sama latar belakang kajian dengan penyataan masalah....
ReplyDelete