Pages

Wednesday, June 22, 2011

Abstrak Tesis Bahasa Arab Master UKM (Tahun 2001 ke atas)

Di sini saya kongsikan bersama abstrak-abstrak tesis Master yang berkaitan dengan bahasa Arab dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rujukan bersama :

 SIKAP PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN


HABIBULLAH BIN ALI (2005)

ABSTRAK

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi amat penting untuk diketahui kerana ia boleh memberi kesan kepada prestasi Bahasa Arab Komunikasi. Pengetahuan tentang pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi sikap pelajar akan dapat membantu membentuk sikap positif pelajar terhadap Bahasa Arab Komunikasi. Tumpuan kajian ini untuk rnengkaji pembolehubah-pembolehubah yang rnempengaruhi sikap pelajar terhadap Bahasa Arab Komunikasi khususnya pembolehubah jantina, tingkatan, status sosio-ekonomi (SES), tahap akademik bapa dan pencapalan pelajar dalam Bahasa Arab Komunikasi peperiksaan akhir tahun 2004. Sau set soal selidik digunakan untuk mengukur sikap terhadap Bahasa Arab Komimikasi dan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhinya kepada seramai 150 orang pelajar kelas aliran agama (KAA) tingkatan satu, dua dan tiga di tiga buah sekolah menengah di Daerah Seremban Negeri Sembilan. Para pelajar tersebut telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang positif dan berminat terhadap Bahasa Arab Komunikasi kerana nilai minnya ialah 3.54, ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara sikap pelajar berdasarkan jantina, manakala ujian Anova mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p > 0.05) antara sikap pelajar berdasarkan tingkatan, status sosio-ekonomi dan tahap akadernik bapa, tetapi bagi pembolehubah pencapaian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) antara sikap pelajar mengikut pencapaian. Bagi ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p < 0.01) dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2004. Implikasi dapatan kajian ini telah dapat menambahkan lagi maklumat berhubung dengan sikap pelajar kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan terhadap Bahasa Arab Komunikasi peringkat menengah rendah dan juga pelajar lain yang mengambil mata pelajaran ini.


SATU KAJIAN EKSPERIMEN TENTANG KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

RAMZAN BIN MUHAMAD (2001)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran secara koperatif kaedah STAD dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Arab Komunikasi. Kajian ini telah menguji ke semua empat aspek kemahiran yang terdapat di dalam Bahasa Arab Komunikasi, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kaedah kuasi eksperimen ujian pra dan pos digunakan dalam kajian ini. Dua buah kelas tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas telah dipilih untuk kajian ini. Sebuah kelas dinamakan kelas ekaperimen yang menggunakan kaedah pembelajaran secara koperatif kaedah STAD, manakala sebuah kelas lagi dinamakan kelas kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran secara tradisional. Terdapat 30 orang pelajar kelas eksperimen dan 30 orang pelajar kelas kawalan. Pencapaian pelajar di kedua-dua buah kelas tersebut adalah hampir sama. Ujian pra dan pos diadakan. Sementara kuiz mingguan digunakan sebagai alat bagi penilaian formatif. Proses P&P dijalankan selama 4 minggu menerusi kaedah yang dikaji. Data-data dianalisis menggunakan ujian-t bagi mengukur pencapaian dengan melihat perbezaan min ujian pra dan pos di antara kelas eksperimen dan kelas kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar di dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Arab Komunikasi, terutama kemahiran bertutur dan membaca.


PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

ARMAN BIN MD. RUSOFF (2002)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah persepsi pelajar terhadap penggunaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dalam kajian ini soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 120 orang responden Tingkatan Empat yang telah mengambil mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 9.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Tindak balas responden diinterpretasi berdasarkan nilai min. Nilai min antara 1 hingga 2.4 dikategorikan sebagai negatif, 2.5 hingga 3.4 dikategorikan sebagai sederhana dan 3.5 hingga 5.0 dikategorikan sebagai positif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan responden dalam aktiviti komunikatif adalah sederhana (min 3.14). Persepsi responden terhadap kenyataan berkaitan pelaksanaan ciri dan prinsip pendekatan komunikatif adalah pada tahap yang tinggi (min 3.64). Responden juga bersetuju pada tahap sederhana (min 3.20) terhadap masalah-masalah yang disenaraikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki serta memantapkan pelaksanaan pendekatan komunikatif serta cadangan bagi kajian lanjutan.


PERSEPSI PELAJAR JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DI FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

NOR ASIAH BINTI MOHD SALLEH (2003)

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dilakukan di FPI, UKM yang melibatkan 66 orang responden. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran bahasa Arab yang meliputi kemahiran mendengar dan memahami, mcnulis, membaca dan bertutur. Pengkaji turut menilai sejauhmana keberkesanan pembelajaran bahasa ini kepada pelajar. Set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Untuk menganalisa data, pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif dan frekuensi dalam program SPSS 7.5. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran mendengar dan memahami adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 4.1. Hasil kajian juga menunjukkan persepsi pelajar yang tinggi terhadap objektif pembelajaran kemahiran bahasa Arab dengan min keseluruhan 4.1. Manakala persepsi pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran kursus kemahiran bahasa Arab adalah di tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.6. Manakala min persepsi pelajar terhadap kemahiran menulis dan kemahiran bertutur juga tinggi dengan nilai min masing-masing 4.0. Namun demikian hasil kajian mendapati min persepsi terhadap kemahiran membaca adalah di tahap sederhana dengan nilai 2.9.


PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP KEPENTINGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SHAMSINA BINTI SHAMSUDDIN (2006)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi terhadap kepentingan pengajaran bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kepentingan bahasa Arab ini dilihat daripada aspek kepentingan bahasa Arab secara umum, kepentingan pengajaran bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak dan kepentingan untuk memupuk minat terhadap bahasa Arab di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapat data daripada ibu bapa berhubung dengan persepsi mereka terhadap kepentingan bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kajian dijalankan terhadap 300 orang ibu bapa kanak-kanak di dua belas buah prasekolah dalam daerah Hulu Langat. Kajian juga turut meninjau persepsi dua belas orang guru Pendidikan Islam dan guru bahasa Arab di prasekolah yang terlibat menggunakan temu bual berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min persepsi bagi ketiga-tiga kepentingan yang dikaji berada pada tahap tinggi. Perbandingan persepsi di antara ibu bapa yang berlainan tahap pendidikan, lokasi tempat tinggal, jantina dan jenis prasekolah anak-anak juga telah dibuat menggunakan alat ujian ANOVA satu hala dan Analisis Univariat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara ibu bapa berdasarkan tahap pendidikan dan jenis prasekolah anak. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan jika dilihat dan perbezaan jantina dan lokasi tempat tinggal. Analisis Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan persepsi dengan umur ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi dengan umur ibu bapa. Analisis temubual bersama guru pula menunjukkan kesemua guru bersetuju jika bahasa Arab dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan lebih sebahagian daripada mereka mencadangkan agar ia diajar sebagai satu komponen yang berasingan di dalam kurikulum prasekolah.


PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN KOMPETENSI MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DI MADRASAH ALIYAH KOTA JAMBI

BUDI SANJAYA (2007)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pelaksanaan dasar dan kandungan kurikulum berasaskan kompetensi mata pelajaran bahasa Arab di Madrasah Aliyah kota Jambi, Indonesia dan persepsi guru. Aspek dasar kurikulum meliputi falsafah, sistem, matlamat pendidikan nasional dan objektif mata pelajaran bahasa Arab. Manakala aspek kandungan kurikulum meliputi program, pendekatan, kaedah, teknik, bahan bantu mengajar dan penilaian pengajaran. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 48 orang guru yang mengajar di tingkatan satu hingga tingkatan tiga di 16 buah Madrasah Aliyah di Kota Jambi. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi, ujian khi-kuasa dua digunakan untuk menentukan perbezaan pelaksanaan kurikulum antara guru lelaki dengan perempuan dan antara guru yang mengikuti kursus latihan dengan yang tidak mengikuti kursus latihan. Dapatan kajian mendapati bahawa guru memahami tentang dasar kurikulum yang dilaksanakan. Pelaksanaan program perancangan pengajaran pengajaran yang sangat kerap dilaksanakan ialah program rancangan pengajaran dan program bahan pengajaran. Pendekatan yang kerap digunakan oleh guru ialah pendekatan Cara Belajar Siswa Aktif (CBSA). Kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru ialah kaedah perbincangan, pemberian tugas dan kaedah soal jawab. Teknik pengajaran yang kerap digunakan oleh guru ialah teknik bebas. Bahan sumber dan alat bantu mengajar yang sangat kerap digunakan guru ialah buku teks. Penilaian yang sangat kerap digunakan oleh guru ialah penilaian kurikuler. Hasil ujian khi-kuasa dua mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan dalam pelaksanaan dasar mahupun pelaksanaan kandungan kurikulum. Sebaliknya terdapat perbezaan yang signifikan antara guru yang mengikuti kursus latihan dengan guru yang tidak mengikuti kursus latihan. Dapatan kajian juga disokong oleh dapatan temubual iaitu guru yang mengikuti kursus latihan lebih baik pencapaiannya berbanding dengan guru yang tidak mengikuti kursus latihan dalam pelaksanaan kurikulum berasaskan kompetensi mata pelajaran bahasa Arab.


PERSEPSI GURU-GURU PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) BAHASA ARAB MPI-UIAM TERHADAP ILMU NAHU

NURUL HUDA BINTI HASSAN (2004)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) MPI-UIAM terhadap limu Nahu dari aspek tahap pengetahuan, tahap minat, tahap motivasi dan tahap penggunaan/pengapllkasiannya. Kajian ini juga ingin melihat hubungan di antara tahap minat, tahap motivasi dan tahap penggunaan/pengaplikasian dengan tahap pengetahuan Ilmu Nahu guru-guru PKPG. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.0. Statistlk deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, statistik inferensi iaitu Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan di antara tahap pengetahuan Ilmu Nahu guru-guru PKPG berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar bahasa Arab. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan imtuk melihat hubungan di antara tahap minat, tahap motivasi dan tahap penggunaan/pengaplikasian dengan tahap pengetahuan Ilinu Nahu. Kajian ini di jalankan di Maktab Perguruan Islam. Seramai 60 orang terlibat sebagai responden kajian. Ujian Nahu telah dijalankan untuk mengukur tahap pengetahuan Ilmu Nahu guru-guru PKPG. Secara umumnya kajian ini mendapati bahawa tahap pengetahuan ilmu Nahu guru-guru PKPG adalah di tahap yang sederhana. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan di antara tahap pengetahuan Ilmu Nahu berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar bahasa Arab. Kajian ini juga mernmjukkan tidak terdapat hubungan di antara tahap minat, motivasi dan pengaplikasian/penggunaan ilmu Nahu dengan tahap pengetahuan Ilmu Nahu. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data kajian.


PENGURUSAN KERJA RUMAH DI KALANGAN GURU BAHASA ARAB KOMUNIKASI DI SMKA

ABDULLAH BIN HASSAN (2004)

ABSTRAK

Kajian ini melibatkan 52 orang guru Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di sepuluh buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Kajian bertujuan untuk melihat persepsi guru BAK terhadap kerja rumah dan mengenalpasti perbezaan antara jantina dan pengalaman mengajar dengan persepsi guru BAK terhadap pengurusan kerja rumah berdasarkan definisi, polisi, jenis-jenis kerja rumah, peruntukan masa, cara penilaian, kesan positif dan kesan negatif kerja rumah. Kaedah analisis data yang digunakan ialah statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru BAK terhadap semua aspek kerja rumah adalah tinggi dengan catatan min keseluruhan ialah (min = 3.21), bermakna majoriti responden bersetuju dengan semua kenyataan berkaitan kerja rurnah dan pengurusannya. Keputusan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara jantina dan pengalaman mengajar dengan persepsi guru BAK terhadap semua aspek pengurusan kerja rumah. lni menunjukkan bahawa persepsi responden terhadap kerja rumah dan pengurusannya adalah sama walaupun berlainan jantina dan pengalaman mengajar.



PENGGUNAAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI: SATU KAJIAN DI SMAP LABU

JEFRIDIN BIN PILUS (2002)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat sejauh mana pendekatan komunikatif dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di kalangan guru di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam kajian ini Soal selidik, Skedul pemerhatian dan Skedul temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 9 orang responden yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 10.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Tindak balas responden diinterpretasi berdasarkan nilai min. Nilai min antara 1.00 hingga 1.99 dikategorikan sebagai negatif, 2.00 hingga 2.99 dikategorikan sebagai sederhana dan 3.00 hingga dikategorikan sebagai positif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman guru terhadap konsep pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa adalah sederhana (min= 2.7). Pendedahan guru terhadap konsep pendekatan komunikatif juga adalah sederhana (min= 2.18). Tahap penggunaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah Menengah Agama Persekutuan adalah sederhana (min= 2.87). Kajian ini juga menunjukkan bahawa masalah utama guru dalam menggunakan pendekatan dalam pengajaran mereka ialah kekurangan pengetahuan yang berkaitan dengan pendekatan komunikatif. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk pelaksanaan pendekatan komunikatif serta cadangan untuk kajian lanjutan.


PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU BAHASA ARAB KOMUNIKASI: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DI ZON SELATAN SELANGOR

ROFISHAH BTE HJ. RASHID (2005)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan ICT di kalangan guru-guru Bahasa Arab Komunikasi di Zon Selatan Selangor. Fokus kajian tertumpu kepada perbezaan yang wujud berdasarkan jantina, tahap pendidikan, dan tempoh perkhidmatan guru-guru Bahasa Arab Komunikasi serta korelasi yang wujud di antara penggunaan ICT dengan persepsi, pengetahuan serta prasarana ICT di sekolah. Responden terdiri daripada 63 orang guru Bahasa Arab Komunikasi dan Sekolah-Sekolah menengah (KAA) dan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta dua buah Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Responden telah diberikan satu set soalan untuk mengumpulkan data berkaitan penggunaan ICT di kalangan guru-guru Bahasa Arab Komunikasi di beberapa buah sekolah menengah dan rendah. Seterusnya data ini dianalisis dengan menggunakan komputer melalui program SPSS. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi terhadap ICT yang sangat baik. Hanya sebahagian di kalangan guru yang mempunyai pengetahuan ICT dan segelintir daripadanya yang dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan tahap pengetahuan ICT guru-guru. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dengan penggunaan ICT di sekolah dan juga di antara jantina dengan persepsi serta penggunaan ICT ketika pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara pengetahuan ICT serta kemudahan ICT di sekolah dengan penggunaan ICT di kalangan guru-guru ketika p&p. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan ICT dengan persepsi guru terhadap ICT. Implikasi kajian ini, guru-guru perlu diberi pendedahan kursus-kursus berkaitan ICT serta kemudahan ICT yang mencukupi bagi menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah.


PENGARUH FAKTOR-FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

YUSNIZA BINTI MOHD ALI (2006)

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar sekolab menengah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan 180 sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, SMKA Pedas (60 orang), Maahad Ahmadi, SMAN Dato’ Kelana Petra Maamor (60 orang), SMK Tampin dan SMK Dato’ Abdullah (60 orang). Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik untuk mendapatkan data berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis dan ujian kecekapan menulis bahasa Arab untuk mendapatkan data berkaitan tahap pencapaian dalam kemahiran menulis. Ujian kecekapan telah diberikan skor mengikut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia. Data dan kedua-dua instrument telah dianalisis menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan statistik inferensi. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan faktor-faktor yang dikaji dengan penguasaan kemahiran menulis manakala ujian ANOVA Satu Hala digunakan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis di kalangan tiga jenis sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar berada pada tahap baik. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran menulis di antara SMKA, SMAN dan KAA. Daripada empat faktor yang dikaji iaitu faktor kecerdasan, psikologi, persekitaran dan guru, didapati hanya faktor kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan kemahiran menulis.


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERBANTUKAN KOMPUTER:

PERSEPSI GURU-GURU BAHASA ARAB DI DAERAH HULU LANGAT

HJ SAID BIN DRAMAN (2001)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Arab terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer. Respondan terdiri dan pada 120 orang guru Bahasa Arab yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan empat belas buah sekolah di daerah Hulu Langat. Kajian kes ini dilakukan melalui soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan persepsi responden terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan makiumat tambahan daripada beberapa orang pengetua dan guru besar. Data yang diperolehi diproses melalui komputer dengan menggunakan program SPSS 7.5. Nilai kekerapan, peratus dan mm dikira untuk menentukan kecenderungan memusat. Huraian bagi semua pernnyataan bagi setiap aspek dibuat berdasarkan peratusan. Kemudian perbandingan skor min dibuat untuk menentukan pernyataan yang mana lebih signifikan. Selepas itu perbandingan skor keseluruhan bagi setiap aspek dibuat untuk menentukan keseluruhan bagi setiap aspek-aspek berkenaan. Daripada kajian ini, didapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan teknologi komputer mengikut kesignifikannya adalah (1) aspek perubahan alat bantu mengajar Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran, (2) aspek mod-mod penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, (3) aspek kaedah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, (4) aspek penggunaan teknologi pengkomputeran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan (5) aspek pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini telah menyarankan beberapa cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspekaspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer.


PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI SEKOLAH KEBANGSAAN: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR

MOHD JA’AFAR BIN AB. LATIF (2006)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan pelaksanaan teknik-teknik pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan pendekatan komunikatif di kalangan guru di sekolah-sekolah yang dikaji dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini soal selidik dan temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 44 orang responden kajian yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap prinsip-prinsip pengajaran berasaskan pendekatan komunikatif adalah tunggi (min = 4.1 1). Kekerapan guru-guru mclaksanakan teknik mengajar kemahiran mendengar adalah sederhana (min = 3.46), teknik mengajar kemahiran bertutur adalah tinggi (min= 3.70), teknik mengajar kemahiran membaca juga adalah tinggi (min = 3.85), manakala teknik mengajar kemahiran menulis adalah sederhana (min = 3.59). Kajian ini juga mendapati bahawa masalah utama guru dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan pendekatan komunikatif adalah tahap penguasaan babasa Arab guru-guru adalah kurang memuaskan dan kurang pendedahan berkaitan pengajaran berasaskan pendekatan komunikatif. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Kebangsaan serta cadangan untuk kajian lanjutan.



PELAKSANAAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DI SEKOLAH MENENGAH

NORMAH BINTI IDRIS (2004)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikatif dilaksanakan di sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Aspek-aspek amalan pendekatan komunikatif yang dikaji ialah: kefahaman konsep, sumber pemerolehan pengetahuan, pelaksanaan prinsip pendekatan komunikatif dan masalah pelaksanaan. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan soal selidik kepada 42 orang guru bahasa Arab di 11 buah sekolah menengah di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan SPSS 10.0 bagi rnendapatkan frekuensi, peratusan, min, ujian-t untuk perbezaan antara pembolehubah dan ujian kolerasi Pearson untuk mengenalpasti perkaitan yang wujud antara pembolehubah. Maklum balas responden diinterpretasi berdasarkan min. Cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan satu darjah pembuktian iaitu melalui skor julat min berdasarkan Likert lima skala (5-3), kuartil 1 - tahap rendah (0 - 1.66), kuartil 2 - sederhana (1.67 - 3.33), kuartil 3 - tahap tinggi (3.34 - 5.00). Kajian ini menggunakan populasi sasaran atau ‘target population’ dengan mengambil keseluruhan 42 orang guru bahasa Arab yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi di 12 buah sekolah menengah di Hulu Langat. Secara keseluruhannya, tahap pelaksanaan pendekatan komunikatif adalah pada tahap yang tinggi (min 3.9). Kefahaman terhadap konsep adalah pada tahap tinggi juga (min 35). Responden juga bersetuju (tahap tinggi) bahawa sumber pemerolehan pengetahuan yang dinyatakan membantu mereka memahami serta melaksanakan pendekatan komunikatif ini (min 3.7). Mereka juga bersetuju (tahap tinggi) bahawa terdapat masalah ketika pelaksanaan pendekatan komunikatif (min 3.79).


MOTIVASI, PEMBELAJARAN PENGATURAN KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM PENGAJIAN BAHASA ARAB DI KALANGAN PELAJAR DI DUA UNIVERSITI DI MALAYSIA

MOHAMAD AZRIEN MOHAMED ADNAN (2006)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di kalangan pelajar di dua universiti di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbandingan di kalangan pelajar universiti ke atas factor-faktor yang dikaji. Faktor-faktor tersebut terdiri daripada nilai intrinsik, efikasi kendiri, kegelisahan terhadap ujian, latihan, teman belajar, pengaturan kendiri metakognisi, dan regulasi usaha. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri danpada 139 pelajar daripada semester dua hingga semester enam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis regresi berbilang, analisis korelasi pearson dan analisis ujian t. Hasil analisis regresi berbilang menunjukkan bahawa kesemua faktor di atas kecuali kegelisahan terhadap ujian tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.


MINAT, MOTIVASI DAN SIKAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DI NEGERI SEMBILAN TERHADAP ILMU NAHU

MOHD SHAH BIN UJANG (2006)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap minat, motivasi dan sikap pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Sembilan terhadap ilmu nahu bahasa Arab. Kajian ini di jalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Negeri Sembilan. Seramai 269 orang terlibat sebagai responden kajian. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, statistik inferensi iaitu Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan di antara tahap minat, motivasi dan sikap berdasarkan jantina, aliran akademik. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan di antara minat dan sikap dengan tahap motivasi serta hubungan sikap dan minat pelajar terhadap Ilmu Nahu. Secara umumnya kajian ini mendapati bahawa minat, motivasi dan sikap pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama terhadap Ilmu Nahu adalah di tahap yang sederhana. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan di antara tahap minat, motivasi dan sikap berdasarkan jantina, dan aliran akademik. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan di antara tahap sikap dan minat dengan motivasi pelajar terhadap Ilmu Nahu begitu juga terdapat hubungan antara sikap dan minat pelajar terhadap Ilmu Nahu. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data kajian.



KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

WAN ROSLAN BIN WAN ALI (2004)

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk melihat gaya pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan dan seramai 200 orang pelajar tingkatan empat telah memberikan maklumbalas. Sampel yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada 100 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan. Dalam kajian ini soal selidik telah digunakan untuk melihat gaya pembelajaran yang terdiri daripada gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan ulangkaji serta gaya motivasi. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisa dengan melihat perbezaan min, sisihan piawai, ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina, kategori sekolah, kategori pelajar dengan gaya pembelajaran. Namun begitu didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi status pelajar yatim dan miskin dan pelajar biasa dengan gaya pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi dengan pencapaian Bahasa Arab Komunikasi.


KEMAHIRAN MENULIS AKSARA ARAB DI KALANGAN PELAJAR SIFAR ARAB

NURULASYIKIN MUDA (2006)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis aksara Arab di kalangan pelajar yang sifar Arab iaitu: (1) secara bersambung; (2) terpisah; dan (3) mencerakinkan perkataan kepada aksara asal serta mengenal pasti jenis kesilapan yang di lakukan oleh pelajar. Pelajar ini sedang mengikuti kursus bahasa Arab di dua buah universiti di Malaysia. Alat kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu soal selidik dan ujian. Hasil kajian mendapati pelajar lulus dengan tahap kepujian bagi kedua-dua ujian. Walaupun begitu, beberapa jenis kesilapan telah dikenal pasti oleh pengkaji yang merangkumi lima kategori iaitu titik, bentuk, sambung aksara, saiz dan jarak. Hasil kajian memberi implikasi bahawa guru-guru perlu lebih peka untuk memberi pemahaman yang mendalarn serta mernastikan pelajar menguasai kemahiran menulis aksara dengan baik sebelum meneruskan pelajaran di peringkat yang seterusnya.


KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ARAB TINGGI TINGKATAN EMPAT

AHMAD NAJDI BIN HJ. FADZIL (2001)

ABSTRAK

Kajian ini menyelidik tentang keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi tingkatan empat. Kajian ini dihadkan untuk melihat peningkatan pencapaian kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini dijalankan ke atas 58 orang pelajar dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Dua buah kelas dipilih dari kelas pelajar tingkatan empat. Kelas berkenaan dikategorikan kepada kelas eksperimen yang diajar secara pembelajaran koperatif kaedah STAD (Student Team Achievement Division), manakala kelas berikutnya dijadikan kelas kawalan yang diajar secara pembelajaran tradisional. Kedua-dua kelas tersebut masing-masing mempunyai seramai 29 orang pelajar. Data-data yang diperlukan dalam kajian ini diperolehi melalui ujian pra dan pos serta ujian pencapaian kuiz secara mingguan. Pembelajaran koperatif kaedah STAD dijalankan selama lapan minggu, dan empat waktu pengajaran dijalankan setiap minggu melibatkan kelas eksperirnen dan kawalan. Ujian-t digunakan untuk melihat pencapaian berdasarkan mm ujian pra dan pos di sarnpmg ujian mingguan. Hasil kajian ini menunjukkan pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar terutama dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi tinggi tingkatan empat.


HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN BAHASA ARAB DENGAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA

ZAWAWI BIN ISMAIL (2001)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan persekitaran bahasa Arab dengan kemahiran bertutur di kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing. Responden kajian terdiri daripada 60 orang pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Bahasa Arab di UIAM dan UKM. Kajian ini menggunakan set soal selidik untuk mendapatkan data-data persekitaran bahasa Arab dan temubual untuk data-data kemahiran bertutur. Program SPSS 7.5 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian adalah berdasarkan 3 hipotesis nul. Pada aras signifikan 0.05, terdapat perbezaan signifikan (t=4.70) antara persekitaran bahasa Arab di UIAM dan UKM. Perbezaan yang signifikan diperolehi dengan nilai (t=5.442) antara kemahiran bertutur responden di kedua-dua universiti. Dapatan kajian ini juga mendapati hubungan positif antara persekitaran dan kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Ini menunjukkan semakin tinggi min persekitaran maka semakin baik kemahiran bertutur responden. Kesimpulannya, kajian ini menyarankan penyelidikan seterusnya dibuat bagi membina persekitaran bahasa Arab yang baik agar dapat membantu pelajar mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing dengan lebih cemerlang.


HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP BAHASA ARAB

ZAMANI BIN IBRAHIM (2007)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti gaya pengajaran dominan yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Bahasa Arab serta mengenal pasti sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Seramai 205 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Agama Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah dijadikan responden kajian. Data kajian di kutip melalui borang soal selidik yang menggunakan ukuran skala likert lima point. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Program SPSS versi 11.0. Kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai digunakan untuk melihat taburan profil responden, gaya pengajaran guru dan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Sementara analisis Korelasi Pearsoner digunakan untuk melihat hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran guru secara keseluruhan dan lima gaya pengajaran guru dalam Model Grasha iaitu gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model personal, gaya fasilitator dan gaya delegator yang digunakan oleh guru mempunyai hubungan kolerasi positif yang signifikan (p<0.05) dengan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru telah menggunakan kelima-lima gaya pengajaran dalam Model Grasha dalam pengajaran Bahasa Arab. Dua gaya pengajaran dominan yang digunakan oleh guru ialah gaya autoriti formal dan gaya pakar. Sementara gaya pengajaran yang paling dominan ialah gaya model personal. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap sederhana terhadap Bahasa Arab (min 3.32).



KEMAHIRAN MENULIS AKSARA ARAB DI KALANGAN PELAJAR SIFAR ARAB

NURULASYIKIN MUDA (2006)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis aksara Arab di kalangan pelajar yang sifar Arab iaitu: (1) secara bersambung; (2) terpisah; dan (3) mencerakinkan perkataan kepada aksara asal serta mengenal pasti jenis kesilapan yang di lakukan oleh pelajar. Pelajar ini sedang mengikuti kursus bahasa Arab di dua buah universiti di Malaysia. Alat kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu soal selidik dan ujian. Hasil kajian mendapati pelajar lulus dengan tahap kepujian bagi kedua-dua ujian. Walaupun begitu, beberapa jenis kesilapan telah dikenal pasti oleh pengkaji yang merangkumi lima kategori iaitu titik, bentuk, sambung aksara, saiz dan jarak. Hasil kajian memberi implikasi bahawa guru-guru perlu lebih peka untuk memberi pemahaman yang mendalarn serta mernastikan pelajar menguasai kemahiran menulis aksara dengan baik sebelum meneruskan pelajaran di peringkat yang seterusnya.


HUBUNGAN AMALAN GURU BAHASA ARAB DENGAN PENCAPAIAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DI SMKA DAN KAA DI DAERAH KUALA PILAH DAN TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

MOHD SUFIAN BIN DAUD (2005)

ABSTRAK

Tujuan kajian ini untuk meninjau persepsi pelajar terhadap tahap amalan guru bahasa Arab Komunikasi dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 184 pelajar bahasa Arab Komunikasi di SMKA dan KAA di Negeri Sembilan. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah tahap bimbingan guru, tahap penilaian guru, tahap mesra guru, tahap motivasi guru dan tahap penyampaian guru. Kajian ini melihat perkaitan di antara pembolehubah amalan guru iaitu bimbingan, penilaian, mesra, motivasi dan penyampaian dan hubungannya dengan pencapaian pelajar bahasa Arab Komunikasi di Negeri Sembilan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 12. Analisa statistik dilakukan berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis pekali Pearson digunakan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah bebas. Ujian t juga dibuat untuk melihat perbezaan min antara amalan guru Bahasa Arab Komunikasi Di KAA dan SMKA. Manakala bagi melihat kesan pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar analisis regresi berganda dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap amalan bimbingan guru Bahasa Arab Komunikasi adalah baik, tahap amalan penilaian pula adalah lemah, tahap amalan mesra adalah sederhana begitu juga dengan tahap amalan penyampaian dan manakala tahap amalan motivasi guru adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan pembolehubah bimbingan, penilaian, mesra, motivasi dan penyampaian tidak mempengaruhi pencapaian akedemik pelajar.

Tuesday, March 29, 2011

Penulisan Bibliografi Format APA Sistem

Penulisan Nota Rujukan & Bibliografi Gaya APA Sistem


Rujukan yang dimasukkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya.

1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku

Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:

“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.


(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”


(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:

“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa”


(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh:

“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”


(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)


2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku

i. Jurnal

Contoh Jurnal:

Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585

Cara menulis dalam teks:

Menurut, Herrington (1998)……………


ii. Tesis

Contoh tesis:

Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT di kalangan Kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.

Cara menulis dalam teks:

Fadilah Kamsah(2000), mengatakan bahawa……….


iii. Bahan dari Laman Web

Contoh Web

Clinton, J.E.(1999 september). Malaysia justice on trial. E. Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web:http://www@babyrib.clnt.gov.com.

Cara menulis dalam teks:

…………….(Clinton, 1999).


B. Penulisan Bibliografi Gaya APA


Bibliografi ialah nama yang diberikan untuk senarai buku-buku, manuskrip dan dan lain-lain penerbitan yang dirujuk , diterang dan disusun secara sistematik. Ia terdapat dibahagian belakang akhiran sesebuah penerbitan bercetak. Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut:

i. Mengikut turutan abjad

ii. Mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit

iii. Baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)


Berikut ialah contoh-contoh bibliografi mengikut kaedah APA

Bahan bercetak

• Buku: Tiada Pengarang

A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic Books.


• Buku:Seorang pengarang

Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York:

Basic Books.


• Buku : Dua Pengarang

Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

• Buku: Tiga Pengarang

Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

• Buku: Lebih dari tiga Pengarang

Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York: Harper & Row.

• Buku Terjemahan

Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of Pennsylavania Press.


• Buku dikarang oleh Badan Korporat

Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author. Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman


• Buku Yang disunting

Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory and research. New York:Wiley.


• Manuskrip yang tidak diterbitkan

Hardison, R. (1983).On the shoulders of giant. Unpublished manuscript


• Artikel dari Majalah

Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34



• Artikel dari Akhbar

Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ .New Straits Times : 25


• Artikel dari Jurnal

Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of abnormal psychology, 90, 575-585.



• Tesis

Abdul Rahman Abdullah (2009). Kompetensi Komunikatif dan Strategi Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya.



• Doctoral Dissertation

Smith A.B. (1999). Anlysis of interaction process and sociometric relatins developed during theraphy with offenders on probation. :Unpublished doctoral dissertations. New York: New York University.


• Seminar/Proceeding

Ali Hanafiah, Datuk & Tun Shah Ashari. (12-17 August 1999). ‘The effect of DNA testing on convicted felons in Malaysia’. In Proceeding of the International Seminar on DNA Testing and Their Effects on Human Beings. Kuala Lumpur


• Kertas kerja persidangan

Sheehan, W.J. (1999, April). Wicked as hell itself:women in prisons of Georgian London. In the meeting of The Academy of Criminal Justice Sciences. U.K. : Georgia.


• Laporan

Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.


• Kaset Audio

Kenny, G. (producer & singer). (1996). Kenny G the moment [cassette]. New York: Arista Records, Inc.


• Filem/Pita Audio

Habsah Hassan (producer) & Othman Hafsam (director). (2000). Soal Hati [Film]. Kuala Lumpur: Serangkai Film Sdn Bhd.

Capra, F. (Director & Producer). (1934). It happened one night [Film]

Capra, F. (Director & Producer). (1999). It happened one night [Videocassette]


• Bahan Permainan

Chess Set (1999). [Game] Selangor, Malaysia: Syarikat Perusahaan Plastik Ban Tong Sdn. Bhd


• Peta

Derbysgire, E. et al. (2000). Glacier map of Tasmania. [Map]. London: Royal Georgraphical Society.


• Gambar Potret

Rembrabdt. (1999). Two dancers on a stage.[Portrats]. London: National Gallery of Art.


• Bahan Relia

Human development models. (2000). [Realia]. Philadelphia: DCA Educational Products.


• Temuramah

Mahathir Mohamed (1999, April 20). Prime Minister Malaysia. Personal Interview. Kuala Lumpur.



• Mikrofom

James, William. (2000). The principles of psychology.[Microform]. 2nd.Ed.Los Angeles: University of Southern California.


• Program televisyen

The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.


• Alat mudah alih-CD-ROM. Eg :BPO, GPO, IEEE.

• On line-INTERNET

Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com


• E-mail

Day, Martha. Mday@usage.uvm.edu. (30 Julay 1999). Review of film---Chicken Run. E-mail to Xia Li (XLI@moose.com).


# Bahan ini disusun dan diedit daripada web raihaniah.blogspot.com dan nota Bibliografi APA Sistem terbitan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. Terima kasih.

Tuesday, March 15, 2011

Panduan Penulisan Proposal Tesis

Sesiapa yang ingin melanjutkan pelajar dalam Ijazah Tinggi atau postgraduate pasti buntu untuk menulis proposal tesis. Di sini, saya ingin kongsikan bersama panduan penulisan proposal tesis..ia hampir sama bagi universiti-universiti di Malaysia.

Panduan Penulisan Proposal Tesis (Kajian Kuantitatif)


Penulisan Proposal Tesis atau dikenali sebagai Cadangan penyelidikan yang dimaksudkan di sini adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi pemilihan calon ijazah tinggi di univerisiti-universiti dan juga dalam proses pengesahan bidang atau skop penyelidikan dalam pengajian ijazah tinggi. Kita hendaklah mengemukakan cadangan penyelidikan / proposal penyelidikan ini dalam bentuk yang berjilid dan kemas. Cadangan penyelidikan ini hendaklah menjelaskan elemen-elemen berikut:

1. Bidang kajian:

Menjelaskan bidang khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan seperti bidang teknologi pendidikan, bahasa arab, syariah, pendidikan Islam dan sebagainya.


2. Tajuk:

Pernyataan tajuk ini hendaklah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kajian. Hakikatnya, dalam proses kita menulis tesis, tajuk yang kita tulis akan sering berubah. Tetapi, skop dan focus kajian kita perlu jelas.


3. Penulisan Bab-Bab dalam Proposal Tesis

Dalam penulisan proposal tesis, ia melibatkan tiga bab iaitu Bab 1: Pendahuluan, Bab 2 : Sorotan Kajian dan Bab 3 : Metodologi Kajian

Saya ingin kongsikan dahulu Bab 1 yang melibatkan tajuk-tajuk yang perlu dimasukkan dalam Bab 1.

Dalam Bab 1 PENDAHULUAN

Kemudian dimulakan dengan,

1.1      Pengenalan
1.2      Latar Belakang Kajian
1.3      Pernyataan Masalah
1.4      Objektif Kajian
1.5      Persoalan Kajian
1.6      Kepentingan Kajian
1.7      Skop Kajian
1.8      Kerangka Konseptual Kajian
1.9      Definisi Operasional
1.10    Kesimpulan


BAB 1 (Elemen-elemen dalam bab 1 yang perlu difahami dengan jelas) :

a. Latarbelakang masalah :

Membincangkan situasi timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami.


b. Pernyataan masalah/Permasalahan Kajian:

Pada bahagian ini calon hendaklah menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang akan dikaji atau juga dikenali sebagai isu-isu mendorong kita memilih tajuk kajian. la dinyatakan dalam bentuk penjelasan tentang masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian.


c. Objektif Kajian:

Di sini calon hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.


d. Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian, kita bina soalan-soalan yang menjawap objektif kajian. Soalan kajian perlu jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian.


e. Hipotesis kajian (Jika Perlu):

Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.


f. Kepentingan kajian:

Kita hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.


g. Skop kajian / Batasan Kajian:

Skop dimaksudkan batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi mempastikan penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi kajian dan sebagainya.


h. Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka Konseptual ini akan menjadi panduan kepada kajian akan dilaksanakan.


i. Definisi Istilah / Definisi Operasional:

Defini Istilah ini melibatkan istilah-istilah penting dalam kajian. Ia perlu dijelaskan definisinya agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kajian yang dijalankan. Dalam bahagian ini, definisi-definisi umum diberikan, seterusnya pengkaji perlu menetapkan definisi khusus dalam kajian tersebut.


Semoga selepas membaca post ini...pemahaman anda makin jelas.Post yang seterusnya, saya akan kongsi cara menulis proposal tesis bagi Bab 2 dan Bab 3.

Sunday, March 13, 2011

Kebolehpercayaan Instrumen Temu bual dan Pemerhatian (Kualitatif)

Setiap penyelidikan memerlukan kesahan dan kebolehpercayaan. Ia dijelaskan dalam bab 3, metodologi kajian. Hari ini nak cuba edit proposal bab 3..sebelum edit, saya perlu ulangkaji dulu nota metodologi kajian...terutama nota kebolehpercayaan sesuatu intrumen. Kajian saya melibatkan gabungan kuantitatif dan kualitatif, manakala instrumen yang saya pilih adalah temu bual  dan pemerhatian bagi kualitatif. So..post kali ini saya nak kongsikan perihal reliability Intrumen Temu bual dan Pemerhatian..


Kebolehpercayaan Instrumen Temu bual (Kajian Kualitatif)


Kebolehpercayaan terhadap data-data yang dipungut daripada temu bual dibuat melalui rujuk silang secara sistematik terhadap maklumat yang disediakan oleh informan pada barisan yang sama. Kebolehpercayaan dicapai apabila maklumat yang sama diulang beberapa kali dalam satu barisan daripada seorang informan. Penyelidik boleh menggunakan teknik ini semasa proses pengkodan data melalui transkripsi temu bual

Satu lagi cara bagi mendapatkan darjah kebolehpercayaan dalam temu bual ialah, melalui pengulangan temu bual (re-interviewing atau repeated interviews) informan yang sama dalam sampel atau re-interview terhadap sub sampel yang kecil yang menjadi informan. Darjah kebolehpercayaan akan mencapai tahap tertinggi apabila sampel diambil secara probability (random) dan dipilih dari kawasan-kawasan yang berbeza. Sesi pengulangan temu bual dibuat dengan menanyakan soalan-soalan yang amat dikehendaki sahaja dan bukan mengulang semua soalan temu bual yang lepas42. Adalah dicadangkan agar seseorang penyelidik membuat pengulangan temu bual di zon-zon lokasi kajian yang berbeza-beza.


Kebolehpercayaan Instrumen Pemerhatian (Kajian Kualitatif)
kebolehpercayaan bagi teknik pengumpulan data melalui pemerhatian dilihat daripada cara dan proses pemerhatian dilakukan. Jika penyelidik membuat pemerhatian langsung maka ia boleh menambah nilai kebolehpercayaan maklumat-maklumat pemerhatian.


Satu lagi cara untuk mengukur kebolehpercayaan pemerhatian ialah melalui dua teknik berikut:

i. Tandem interview iaitu pengulangan pemerhatian (re-observation) dengan selang masa yang singkat (1 minggu) terhadap informan yang sama iaitu pemerhatian dibuat secara pertentangan peristiwa dengan item yang sama.

ii. Melakukan kedua-dua jenis pemerhatian; pemerhatian berstruktur (variabel ditentukan terlebih dahulu) dan pemerhatian turut serta (participant observation).


Terdapat 6 cara pemerhatian yang dicadangkan:

i. Structured observation : jika sampel diberi sesuatu dan ditempatkan di sebuah bilik, penyelididk pula menggunakan senarai semak item.

ii. Unstructured observation : memerhatikan sampel di satu tempat

iii. Semi-structured observation : jika penyelidik menggunakan senarai semak untuk membuat rating tingkahlaku sampel, ia sesuai dijalankan di satu tempat tertutup

iv. Participant observation : penyelidik turut serta melakukan aktiviti bersama-sama sampel.

v. Direct observation : penyelidik memerhatikan secara langsung sampel.

vi. Indirect observation : penyelidik memerhatikan dari jauh tanpa disedari oleh sampel.



Kebolehpercayaan dapatan kajian kualitatif juga akan dicapai apabila kedua-dua intensive interview (soalan temu bual disediakan terlebih dahulu) dan participant observation atau semi-structured observation (field notes) dibuat serentak dengan membuat perbandingan dapatan data melalui rating antara dua independent observers. Darjah kebolehpercayaan boleh ditingkatkan jika setiap perbandingan telah dibuat pada jarak masa sesuatu sesi sebelum dan selepas. Pada tahap ini, seseorang penyelidik hendaklah melakukan temu bual, diikuti dengan pemerhatian dan diakhiri dengan temu bual semula bagi melengkapkan data-data yang kurang jelas atau kurang lengkap.


Kebolehpercayaan data-data kualitatif boleh dibuat jika deskripsi (transkripsi) yang terhasil disemak oleh satu panel hakim yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang penyelidik bebas yang berwibawa. Sekurang-kurangnya 2/3 daripada data perlu disemak dan dipersetujui. Persetujuan yang dicapai antara panel hakim inilah yang akan menentukan kebolehpercayaan dapatan kajian, teknik ini diistilahkan sebagai discovery procedure.

Semoga maklumat ini bermanafaat buat para penyelidik..


Saturday, March 12, 2011

Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kajian Kuantitatif)

Hari ini, saya luangkan masa menyemak semula nota kaedah penyelidikan untuk menulis proposal bab 3 tesis yang berkaitan dengan methodologi kajian. Kajian saya digabungkan kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian saya terdapat fasa..fasa 1 melibatkan analisis keperluan, instrumen yang saya gunakan adalah intrumen soal selidik..Di sini saya ingin kongsikan nota methodologi kajian yang berkaitan dengan mendapatkan releability bagi Intrumen Soal selidik dalam kajian kuantitatif. Semoga ia bermanafaat untuk semua..


Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kajian Kuantitatif)




Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliability diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama.



Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar. Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Jumlah sampel atau responden yang digunakan dalam kajian rintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang sampel. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian.

Pada umumnya terdapat tiga cara untuk menguji darjah kebolehpercayaan item (test):

i. Test-Retest Reliability.

Ia menjelaskan darjah skor yang sentiasa konsisten setiap masa apabila ia diuji. Instrumen yang sama dinilai secara berulang kali kepada kumpulan sampel yang sama, pada masa yang berlainan. Dua set data yang diperoleh akan dianalisis menerusi analisis korelasi untuk melihat kekuatan perhubungannya. Sekiranya pekali kolerasi (coefficients reliability) menghampiri nilai 1, maka kedua-dua set data tersebut mempunyai perkaitan atau perhubungan yang kuat ( instrumen mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi).


ii. Equivalent-Form Reliability

Dua set test yang berbeza tetapi mempunyai kandungan yang sama (variabel), sama jumlah item, sama struktur, sama aras kesukaran dan sama arahan). Kedua- dua instrumen tersebut akan diberikan kepada kumpulan sampel yang sama pada masa yang sama. Dua set data yang diperolehi akan dianalisis cara korelasi untuk mendapatkan pekali kolerasi (reliability coefficients). Skor yang diperolehi daripada kedua- dua sampel hendaklah dikoreletkan. Purata skor yang diperolehi daripada kedua-dua test ialah petunjuk kepada darjah reliabiliti.

Ia juga disebut sebagai Alternate-Form Reliability yang menunjukkan kepelbagaian skor dari satu form kepada satu form. Test-Retest dan Equivalent-Form Reliability boleh dikombinasikan bagi menilai stabiliti skor yang diperoleh pada setiap masa dan ditadbirkan kepada sejumlah sampel kecil. Teknik ini amat baik kerana item-item boleh digeneralisasikan dalam satu set item.


iii. Internal Consistency

Kaedah ini digunakan bagi menilai ketekalan dalaman instrumen. Hanya satu set item sahaja yang diuji kepada sejumlah kecil sampel. Terdapat tiga kaedah :

a. prosedur Split-Half : bagi instrumen yang panjang dan sukar ditadbir. Ia memerlukan pembahagian kepada dua kategori mengikut nombor genap dan nomber ganjil item, ditadbir pada dua masa yang berlainan dengan dua form test pada satu kumpulan sampel. Rumus Spearman-Brown Correction digunakan.

b. prosedur Kuder-Richardson : Ia juga disebut sebagai; Rationale Equivalent Reliability bagi menentukan bagaimana kesemua item dalam satu test berhubungan antara satu item dengan item yang lain, antara sub item dengan total item. Formula KR-20 atau KR-21akan digunakan bagi menilai reliabilitinya.

c. prosedur Cronbach Alpha : Ia lumrah digunakan bagi menilai pekali kolerasi koeffisyen yang berasaskan kepada purata korelasi item-item dalam satu test jika item-item tersebut berbentuk standard. Jika Item-item tidak standardised, maka purata covarian akan digunakan dalam analisisnya. Standardised item Alpha adalah dibuat bagi memperbandingkan varian perbezaan di antara dua Alpha, Alpha dan Standardised Item Alpha.


Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima mengikut pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada = .60. Dengan menggugurkan butiran-butiran yang merendahkan pekali tersebut (dalam construct dan indicator item), penyelidik boleh meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd. Majid Konting (1993) tahap = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik (71% - 99% kebolehpercayaan item oleh sampel). Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability item yang diterima pada tahap = 0.70 – 0.99. Kubiszyn dan Borich (2000) menentukan nilai = .80 - .90 reliability coefficients yang diterima.


Pada amalannya kebanyakan penyelidik menggunakan Cronbach’s Coefficient Alpha  untuk mengukur kebolehpercayaan item-item soal selidik (menggunakan skala Likert 5). Cronbach’s Alpha sesuai digunakan bagi :

i. menentukan ketekalan dalaman sesuatu konstruk (pembolehubah utama) item dan sesuatu indikator (pembolehubah kecil) dalam sub item,

ii. item-item yang berbentuk aneka pilihan jawapan yang diberi nilai 3 atau lebih poin (bukan untuk dichotomous item),

iii. mengira pekali kebolehpercayaan bagi data yang dipungut secara single occasion atau pungutan data secara cross-sectional dalam kajian survey.

Thursday, March 10, 2011

Kesahan (validity) dan Kebolehpercayaan (reliability)

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.


1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif).

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan teknik Criterion – Related Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence) terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Dengan itu penyelidik akan melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.


2. Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen).

Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.

Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang.


Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan

item-item (instrumen) agar bersifat ;

i. Defensibility (dapat dipertahankan – hasil kajiannya tepat dan berguna)

ii. Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)

iii. Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian)

iv. Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor)

v. Usefulness (kebolehgunaan – mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian).


* Esei ini diedit semasa kuliah methodology Dr Zawawi Ismail & Dr. Hj Ghazali Darussalam  di Universiti Malaya. Alhamdulillah subjek ini dapat 'A'...

Wednesday, March 9, 2011

Teknik Delphi : Satu Method Kajian

Teknik Delphi digunakan untuk kajian saya kerana teknik Delphi adalah merupakan kaedah yang terbaik untuk memperoleh persetujuan pakar dalam menentukan elemen-elemen yang boleh dimasukkan dalam reka bentuk modul tersebut.


Pendapat pakar digunakan untuk kajian-kajian yang melibatkan pembangunan sesuatu model atau produk telah bermula di RAND Corporation oleh Olaf Helmer dan Norman Dalkey dalam tahun 1953 yang mengkaji masalah-masalah tertentu dalam tentera .Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat yang istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik kumpulan.


Linstone dan Turoff (1975) membentuk lima asas utama Teknik Delphi adalah:


1) Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar;

2) Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;

3) Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka;

4) Data dianalisis secara statistik;

5) Data yang diberi oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus.


Dewasa ini, kaedah Delphi telah meluas penggunaannya dalam bidang perniagaan, pendidikan, sains sosial, pengurusan pentadbiran, penilaian polisi, perancangan program dan isu-isu yang memerlukan perhatian  .Pelbagai konsep yang diberikan berkaitan kaedah Delphi, antaranya cara sistematik yang menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama (Helmer,1968), satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang (Dalkey,1972), dan tatacara pengundian panel responden (Hill dan Fowles,1975).



Berdasarkan kepada definisi dan konsep kaedah Delphi, dapatlah dirumuskan bahawa melalui kaedah ini responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka bentuk program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik. Teknik Delphi juga merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan suatu kajian pada masa hadapan. Melalui teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian atau program yang baru dan perlu diterokai pada masa hadapan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira pandangan sekumpulan pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya yang sangat meluas dan menyeluruh dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.


* Saya akan cuba uploadkan artikel yang berkaitan dengan method ini.